Terma dan Syarat
TERMA DAN SYARAT-SYARAT TEMPAHAN PAKEJ DENGAN AL-ILMI TRAVEL & TOURS
TERMA DAN SYARAT-SYARAT
1- Sebutharga(quotation) ini sah hanya selama dua(2) minggu dari tarikh ianya dikeluarkan.
2.Semua penempahan akan dianggap SAH hanya setelah penerimaan bayaran ke dalam akaun MAYBANK AITTKL ENTERPRISE 5643-8860-3010
3- Salinan resit/slip bank hendaklah diserahkan kepada PENGURUS AL-ILMI TRAVEL&TOURS CAWANGAN KUALA LUMPUR sebagai bukti pembayaran.
4- Mana-mana penempahan pakej tidak boleh dibatalkan atas apa-apa alasan jua pun melainkan akan dikenakan bayaran surcaj seperti berikut:
SURCAJ PEMBATALAN PAKEJ
Permohonan pembatalan tertakluk kepada perkara 3.2.1, 3.2.2 dan 3.2.3 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992.
Perkara 3.2.1
Pembatalan 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak RM 30.00 atau 2% daripada tambang pelancongan (mengikut mana yang lebih tinggi) akan dikenakan seorang.
Perkara 3.2.2
- 22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas: perlucutan hak deposit pelancongan
- 15-21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas: Potongan 35% daripada harga pakej pelancongan
- 08-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas: Potongan 50% daripada harga pakej pelancongan
- 03-07 hari bekerja sebelum tarikh berlepas: Potongan 75% daripada harga pakej pelancongan
- 02 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas: Potongan 100% daripada harga pakej pelancongan
Perkara 3.2.3 Dasar pembatalan masing-masing syarikat penerbangan bagi promosi tambang istimewa hendaklah terpakai sebagai tambahan kepada caj pembatalan seperti yang dinyatakan dalam fasal3.2.2(Catatan: Tiket kapal terbang adalah terhad dan tertakluk kepada terma dan syarat Syarikat Penerbangan. Ia mungkin tidak boleh diendorskan, tidak boleh dikeluarkan semula, tidak boleh diberibayaran balik dan tidak boleh dipindah laluan. Sebarang pemindaan kepada laluan atau pertukaran tarikh perjalanan adalah atas risiko pelanggan sendiri. Syarikat atau ejen bersekutunya tidakbertanggungjawab atas apa-apa kerumitan yang timbul dan perbelanjaan tambahan yang tertanggung)
Caj tambahan, jika perlu:
- Bayaran visa penuh, sekiranya urusan visa telah dibuat.
- Bayaran RM 180.00 seorang sekiranya mana-mana beg pelancongan atau buku panduan tidak dipulangkan dalam keadaan sempurna.
5- Sebarang kemusykilan atau pertanyaan, Tuan/ Puan/ Encik/ Cik adalah dinasihatkan agar terus menghubungi PENGURUS AL-ILMI TRAVEL&TOURS CAWANGAN KUALA LUMPUR: Ustaz Habibullah di talian 014-600 5744.
Terima kasih.