Private China Xian Muslim Tour 5H4M
AL-ILMI TRAVEL AND TOURS-CAWANGAN KUALA LUMPUR
Tempat Lawatan:Xi’an Museum, Small Wild Goose Pagoda, Ancient City Wall, Jade Center, Museum of the Qin Terracotta Warriors and Horses, Three-Color Ceramic Factory, Great Mosque, Muslim Quarter, Hancheng Lake Park, Silk Store, Dongxin Street Mosque, Northwest Commercial Whole Sale Center, Tang West Market . NOTA: HARGA MUNGKIN BERUBAH MENGIKUT HARGA TIKET PENERBANGAN SEMASA. ITINERARI, HARGA MUKTAMAD DAN TERMA PEMBAYARAN DIMAKLUMKAN DALAM SEBUTHARGA RASMI YANG AKAN DIBERIKAN SETELAH TEMPAHAN DITERIMA.
RM3,590.00
ITINERARI
Hari1 Ketibaan di Xi'an
Tiba di Xi'an pada lewat malam. Xian, sebagai salah satu bandar tertua di dunia, diperkaya dengan kegemilangan sejarah silam dan budaya. Bukan sahaja sebagai tempat kelahiran tamaddun China, ia juga merupakan satu tamadun manusia tertua di Asia dan merupakan pusat zaman prasejarah. Ketibaan anda nanti akan disambut oleh pemandu kami di lapangan terbang dan akan menemani anda ke hotel untuk bantuan daftar masuk.
Hari2 (B/L/D)
Perjalanan indah anda akan bermula dengan lawatan ke Muzium Xi'an dan lawatan luar di Small Wild Goose Pagoda. Diikuti dengan lawatan ke Tembok Kota Purba. Tembok yang pertama kali dibina pada awal pemerintahan Dinasti Ming (1378) ini telahpun berusia 600 tahun. Dinding tembok berfungsi sebagai kubu pertahanan yang kuat dan merupakan simbol kepada bandar Xi'an. Kemudian, anda akan singgah di Jade Center untuk melihat seni ukiran jed yang halus. Anda akan makan tengah hari dengan makanan Halal yang lazat akan disediakan untuk oleh orang Cina Muslim di Xian. Kemudian kita akan solat jamak asar dan zohor di Masjid tempatan. Program disebelah petang termasuk lawatan ke Dataran Utara Pagoda Angsa Liar Besar, di mana air pancut muzik terbesar di Asia terletak di sini.
Hari3 (B/L/D)
Di sebelah pagi merupakan highlight trip ke Xian iaitu lawatan ke Muzium Terracotta Qin. Dimana patung-patung Pahlawan dan Kuda merupakan salah satu penemuan arkeologi terbesar di dunia. Di tapak itu ada tiga dewan pameran, manakala yang terbesar adalah bersaiz 180 meter kali 60 meter, menempatkan patung-patung tentera yang terdiri daripada 8,000 askar dan kuda terracotta yang menjaga makam Qin Shihuang. Maharaja ini merupakan Maharaja yang pertama berjaya menyatukan China. Kemudian anda akan dibawa melawat Kilang Seramik, bagi membantu anda mengetahui proses mewarnai patung-patung terakota. Solat akan dilaksanakan di Masjid Besar Xian. Masjid ini merupakan salah satu yang tertua dan terbesar di China. Anda juga akan melawat Muslim Quarter di bandar Xi'an yang terkenal itu. Ada banyak makanan ringan halal dijual di sepanjang jalan di kawasan Muslim Quarter.
Hari4 (B/L/D)
Anda akan dibawa melawat ke Taman Tasik Hancheng di sebelah pagi. Di sepanjang dua tebing Tasik Hancheng, merupakan penempatan tapak warisan pemerintahan Dinasti Han. Anda kemudian, akan berkunjung ke Silk Store untuk melihat dan mungkin membeli produk sutera terbaik. Selepas
solat di Masjid Jalan Dongxin, anda akan dibawa membeli-belah di Pusat Jualan Borong Northwest Commercial.
Hari5 Xi’an - Berlepas (B/L/D)
Free & Easy di waktu pagi sehingga daftar keluar pada jam 12:00pm. Selepas makan tengahari dan solat di Masjid tempatan, anda akan dibawa untuk
membeli-belah terakhir seacara bebas di Pasar Barat Tang. Pada sebelah malam, kami akan menghantar ke lapangan terbang untuk berlepas pulang.
HOME SWEET HOME. ALHAMDULILLAH. Perjalanan pulang anda selamat
PAKEJ TERMASUK
- Penginapan dengan sarapan pagi setiap hari
- Makanan HALAL seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
- Satu botol air mineral setiap orang setiap hari
- Pengangkutan berhawa dingin
- Lawatan diiringi dengan perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris
- Semua bayaran masuk tempat bersiar-siar seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan (itinerari)
PAKEJ TIDAK TERMASUK
- Tipping
- Optional tour & Insuran
- Belanja persendirian, seperti minuman, telefon, laundry, dll.