Loading...

Private Morocco Spain Andalusia Portugal Muslim Tour 12H10M

AL-ILMI TRAVEL AND TOURS-CAWANGAN KUALA LUMPUR

Tempat Lawatan: Morocco- Casablanca, Marakkech, Rabat, Fez, Chefchaouen, Tangier; Spain- Tarifa, Granada, Cordoba, Seville, Toledo, Madrid; Potugal- Lisbon. NOTA: HARGA MUNGKIN BERUBAH MENGIKUT HARGA TIKET PENERBANGAN SEMASA. ITINERARI, HARGA MUKTAMAD DAN TERMA PEMBAYARAN DIMAKLUMKAN DALAM SEBUTHARGA RASMI YANG AKAN DIBERIKAN SETELAH TEMPAHAN DITERIMA.


RM13,650.00


Tarikh Pilihan untuk Trip
*

Nyatakan Bilangan Kanak-kanak dan Umur

Saiz Kumpulan dan tambahan harga
*

Bilangan Sebenar Peserta (pax)

Qty:

Total Price:

ITINERARI

HARI 1. CASABLANCA-MARRAKECH (D) 241kms

Tiba di Casablanca. Anda akan disambut oleh wakil kami di lapangan terbang. Anda baru sahaja tiba di ibu kota ekonomi Maghribi, sebuah bandar yang luas dan moden dengan lebih daripada 3 juta penduduk dimana tarikan utamanya ialah Masjid Hassan II, yang siap dibina pada tahun 1933 di atas tanah yang ditebus dari lautan Atlantik. Masjid yang mengkagumkan ini, memiliki menara masjid yang tertinggi di dunia dan mampu menampung lebih daripada 100,000 jemaah. Selepas melawat masjid ini, kita akan lalui jalan tepian pantai di kejiranan Anfa, la Corniche. Dari situ kita akan memulakan perjalanan ke kota Marrakech. Marakkech, telah ditubuhkan pada tahun 1070-72 oleh Sultan Almoravids, merupakan sebuah bandar yang menkagumkan, ianya kekal sebagai pusat politik, ekonomi dan budaya untuk tempoh yang agak lama. Pengaruhnya tersebar ke seluruh dunia Islam sebelah barat, meliputi Afrika Utara hingga ke Andalusia. Makan malam dan penginapan di Marrakech.

HARI 2. MARRAKECH ( B / D)

Sarapan pagi. Sepanjang hari ke 2 ditumpukan untuk bersiar-siar di Marrakech, merupakan bandar dibina oleh batu-batu merah yang dipenuhi dengan taman dan dikelilingi oleh pergunungan yang dilitupi salji pada musim-musim tertentu. Kita akan melawat tinggalan bersejarah bandar Marakkech: menara Kutubia, istana Bahia dan Madrasah ben Youssef. Disebelah petang, kita akan melawat dataran Djemaa El Fna yang sangat terkenal dengan keindahan persekitarannya yang merupakan medina(pasar) dan Bazar, pasar raya dan pusat kraftangan.  Pada tahun 2001 Jemaa el-Fna telah diisytiharkan "Masterpiece of the Oral and Intangible Heritage of Humanity" oleh UNESCO. Makan malam dan bermalam di Marrakech.

HARI 3. MARRAKECH- RABAT-FEZ (B / D) 323 kms / 207 kms

Selepas sarapan pagi, kita akan bertolak awal ke Fez, melalui Rabat, ibu kota pentadbiran Maghribi hari ini. Kita akan tiba di sana pada waktu makan tengah hari. Di Rabat, lawatan ke : Menara Hassan, Makam keluarga diraja, bahagian luar Istana Diraja, Kasbah Udaya.  Kita akan meneruskan perjalanan ke Fez. Selepas memandu kira-kira 2jam 30min, kita akan tiba ke kota pusat agama Islam dan intelektual Maghribi. Makan malam dan bermalam di Fez.

HARI 4. FEZ- CHEFCHAOUEN-TANGIER (B / D) 400kms

Sarapan pagi. Lawatan setengah hari ke Fez: Masjid Karaouine, salah satu pembinaan zaman pertengahan yang paling mengagumkan di Maghribi. Ia menempatkan sebuah universiti yang dianggap sebagai yang tertua di dunia, yang diasaskan pada pertengahan abad ke-9 oleh seorang wanita. Kemudian kita akan melawat pasar zaman pertengahan (diisytiharkan sebagai tapak Warisan Dunia oleh UNESCO) di dua tempat yang berbeza iaitu Attarine dan Madrasah Bou Inania. (kita akan melawat salah satu daripadanya), kemudiannya kita akan lawati air pancut Nejjarine, makam Mulah Idriss dan, akhirnya, pintu-pintu Istana Diraja. Pada sebelah petang, kita akan bertolak ke Tangier, merupakan bandar yang mempunyai kepentingan strategik yang penting di pintu masuk ke lautan Mediterranean dan Selat Gibraltar. Ianya juga merupakan pintu masuk ke benua Afrika dari Eropah. Makan malam dan bermalam di Tangier. Jika masa mengizinkan, kita akan juga singgah di Chaouen, bandar Biru, dalam perjalanan ke Tangier. Bermalam di Tangier.

Hari 5. TANGIER – TARIFA-GRANADA (B / D) 280 kms  

Sarapan pagi. Pemandu Maghribi anda akan mengucapkan selamat tinggal kepada anda di pelabuhan Tangier. Kemudian kita akan menyeberangi Selat Gibraltar, tiba di Tarifa. Dialu-alukan oleh pemandu baharu anda yang akan menemani anda sepanjang perjalanan anda di Sepanyol dan Portugal. Kita akan mulakan perjalanan ke Granada (Gharnata), Kerajaan Islam terakhir di Al Andalus. Selepas daftar masuk hotel, kita akan kunjungi pusat bersejarah, Alcaicería (pasar sutera lama) dan kawasan Arab lama yang dipanggil Albaicin (Warisan Dunia). Bermalam di Granada.

HARI ke-6: GRANADA-CORDOBA (B / - / D) 211 kms

Sarapan pagi. Lawatan berpandu ke kompleks Alhambra yang indah dan mengagumkan, kubu merah dan istana, merupakan monumen yang paling banyak dikunjungi di Sepanyol dan salah satu daripada sepuluh binaan sejarah yang teratas di dunia: Alcazaba (Citadel), tiga Istana Nasrid dan taman-taman indah Generalife. Selepas rehat tengah hari, kita akan meneruskan lawatan ke Gharnata Muslim; suku Albaycin (Warisan Dunia), tempat di mana mahkamah Ziri pertama dibina pada abad XI, di atas bukit, dan tempat di mana orang Islam pernah tinggal (ia menempatkan lebih daripada 30 masjid). Di bahagian atas, Saint Nicholas Mirador yang terkenal, dengan pemandangan Alhambra yang mengagumkan, dan tidak jauh dari situ ialah, Masjid Baru Granada, yang pertama dibina oleh umat Islam baharu Sepanyol lebih 500 tahun selepas zaman Al Andalus. Kita juga akan melawat Alcaicería (pasar sutera lama). Masa lapang sehingga makan malam. Bermalam di Granada.

HARI ke-7. CORDOBA-SEVILLE (B / - / D) 141 kms

Selepas sarapan pagi, kita akan mulakan perjalanan ke Cordoba, merupakan puncak kemegahan Al Andalus. Lawatan meliputi pusat bersejarah yang agong iaitu ibu kota kesultanan Ummayyah (Masjid Besar, tembok, Torre de la Calahorra, Jambatan Rom, dan kawasan Arab Madinah lama dengan kedai-kedai yang meriah). Pada sebelah petang, selepas daftar masuk dan sedikit masa untuk berehat, kita akan terus menghayati suasana di permata Al Andalus ini. Lawatan ini termasuk waktu untuk membeli-belah. Makan malam halal di restoran tempatan. Bermalam di Córdoba.

HARI 8. SEVILLE-LISBON (B / D) 450 kms

Sarapan pagi. Selesai lawatan ke Seville, bertolak ke Portugal, bumi Al Gharb Al Andalus. Sebelum menyeberangi sempadan, kita akan melihat Alcazaba (Kubu) Muslim terbesar di Eropah, Alcazaba of Badajoz, bandar yang diasaskan oleh Abd-al Rahman Ibn Marwan, pada tahun 875. Kita akan meneruskan melalui tanah Portugis di sepanjang dataran Alentejo melalui tapak bersejarah seperti Elvas, dan Estremoz. Makan malam di restoran halal dan bermalam di Lisbon.

HARI 9. LISBON (B / D)

Sarapan pagi. Lawatan bersiar-siar di sebelah pagi di bandar Arab purba Al-Uxbuna, memandu melalui dataran utama, jalan dan tanda tempat: Menara Belem, Biara Jeronimos (dari luar), Monumen Penemu, Marquis of Pombal Square, Liberty Avenue, Masjid utama dan Pusat Kebudayaan Islam Lisbon. 
Pada sebelah petang, masa lapang untuk membeli-belah sehingga makan malam halal di restoran tempatan. Bermalam di Lisbon.

Hari 10. LISBON - TOLEDO -MADRID (B / D) 625 kms  

Sarapan pagi. Kita akan memulakan perjalanan ke Madrid. Selepas menyeberangi sempadan semula jadi yang dipanggil "Despeñaperros", kita akan mengucapkan selamat tinggal kepada Andalusia dan sampai ke La Mancha, tanah Don Quixote, landskap yang penuh dengan ladang anggur dan kincir angin yang indah. Kita akan tiba di Toledo untuk makan tengah hari. Pada sebelah petang, melihat pemandangan bandar yang merupakan satu-satunya ibu kota barat yang diasaskan oleh orang Islam dan salah satu bandar paling meriah dan menawan di Eropah: Istana Diraja (dari luar), Plaza de España, Gran Vía, Habsburg Old Quarter, Jalan Mayor, Puerta del Sol, Air Pancut Cibeles, Puerta de Alcalá, Real, di luar Stadium of Madrid, Paseo de la Castellana (tentu saja).  Makan malam di restoran Halal dan bermalam di Madrid

HARI 11. MADRID.   (B)
Sarapan pagi. Anda akan dihantar ke lapangan terbang dan tamat perkhidmatan kami.
________________
Jadual perjalanan di atas adalah untuk rujukan. Ia tertakluk kepada perubahan mengikut kepada keperluan semasa.

• Aturcara Perjalanan Boleh Berubah Mengikut Kehendak Tetamu

PAKEJ TERMASUK

- Penginapan untuk bilik berdua setiap hari. Bilik Single tambahan RM160
- Satu botol air mineral setiap orang setiap hari
- Pengangkutan berhawa dingin
- Lawatan diiringi dengan perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris/ Malaysia
- Semua bayaran masuk tempat bersiar-siar seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan (itinerari)

PAKEJ TIDAK TERMASUK

- Tipping
- Optional tour & Insuran
- Belanja persendirian, seperti minuman, telefon, laundry, dll.

  • Brand: AL-ILMI TRAVEL AND TOURS-CAWANGAN KUALA LUMPUR

Reviews

There are no reviews for this product.

Write a Review

*
*
Note: Do not use HTML in the text.
*
captcha
*