Loading...

Private Uzbekistan 8H7M

AL-ILMI TRAVEL AND TOURS-CAWANGAN KUALA LUMPUR

Tempat Lawatan: Tashkent, Urgench, Khiva, Bukhara, Gijduvan, Samarkand. NOTA: HARGA MUNGKIN BERUBAH MENGIKUT HARGA TIKET PENERBANGAN SEMASA. ITINERARI, HARGA MUKTAMAD DAN TERMA PEMBAYARAN DIMAKLUMKAN DALAM SEBUTHARGA RASMI YANG AKAN DIBERIKAN SETELAH TEMPAHAN DITERIMA.


RM6,690.00


Tarikh Pilihan untuk Trip
*

Nyatakan Bilangan Kanak-kanak dan Umur

Saiz Kumpulan dan tambahan harga
*

Bilangan Sebenar Peserta (pax)

Qty:

Total Price:

ITINERARI 8H7M

B – Sarapan Pagi, L– Makan Tengahari, D – Makan Malam

Hari 1: Tashkent (D)
Ketibaan ke lapangan terbang antarabangsa Tashkent, berjumpa dengan pemandu pelancong (Tour Guide) anda. Penghantaran ke hotel untuk daftar masuk dan bermalam.  

Hari 2: Tashkent – ​​Urgench – Khiva (penerbangan pagi) (B,L,D)
Awal pagi, anda akan menaiki penerbangan ke Urgench, kemudian anda akan dibawa ke Khiva. Anda akan melawat persekitaran yang menarik di bandar tertua di Uzbekistan iaitu Khiva. Anda akan berada di dalam Ichan-Qala, bandar dalaman Khiva yang dikelilingi dengan tembok yang kukuh. Berabad-abad lamanya, bangunan yang kukuh, seperti istana, masjid, madrasah, makam, menara, karavan-sarai, dan rumah mandian telah menjadikan Ichan-Qala sebagai monumen kota yang unik. Ichan-Qala memiliki  lebih 400 rumah kediaman tradisional dan kira-kira 60 monumen dengan seni bina yang menarik. Pada tahun 1969, Ichan-Qala telah diisytiharkan sebagai kawasan pemuliharaan sejarah dan seni bina. Tapak paling menarik di dalamnya ialah kubu Kunya-Ark, yang dibina sejak abad ke-17, yang dibina oleh Muhammad Arang Khan. Kompleks Kunya-Ark termasuklah menara kecil Kalta dan juga istana Tash Khouvli, satu contoh yang seni bina luar biasa Khorezm pada tahun 1830-an. Daftar Masuk Hotel dan bermalam di Khiva.

Hari 3: Khiva – Bukhara (440 km) (B,L,D)
Awal pagi, kita akan memulakan perjalanan ke bandar Bukhara yang menarik. Bandar yang memiliki lebih daripada 140 monumen seni bina, Bukhara ialah "muzium bandar" sejak zaman pertengahan. Bandar ini terdiri daripada jalan-jalan sempit dan taman-taman hijau yang mengelilingi monumen bersejarah dan contoh-contoh rekabentuk seni bina yang dibina dizaman yang berbeza tetapi terletak berdekatan antara satu sama lain. Jalan dari Khiva ke Bukhara melalui satu padang pasir yang terkenal- Kizilkum. Dalam perjalanan, kita akan menikmati pemandangan Sungai Amu Darya, sungai terdalam di Asia Tengah, yang dibentuk oleh pertemuan sungai Panj dan sungai Vakhsh di Tajikistan dan mengalir ke Laut Aral. Apabila tiba di Bukhara, anda akan mempunyai sedikit masa lapang. Daftar masuk hotel dan bermalam di Bukahar.

Hari 4: Bukhara (B,L,D)
Hari ini anda akan mengadakan lawatan bandar sehari penuh ke bandar Bukhara yang penuh dengan tarikan ini. Pada mulanya, anda akan melawat kubu paling lama di Bukhara, yang telah dibina sejak abad ke-4, bernama Citadel Ark, yang berfungsi sebagai istana untuk beberapa dinasti Empayar Bukhara. Kemudian anda akan melawat makam Samanids, yang mempamirkan karya rekabentuk sebenar abad ke-9–10. Kemudian lawatan diteruskan ke Chashma Ayub, yang bermaksud perigi Ayub, dan masjid Bolo-Hauz, juga dikenali sebagai masjid empat puluh tiang, dibina untuk menghormati gabenor Bukhara Abu-Fayud Khan. Kemudian anda berpeluang untuk berjalan di sepanjang kubah beli-belah dan melawat salah satu madrasah paling terkenal di Bukhara yang dipanggil Nodir Divan Begi, yang juga merupakan sebahagian daripada kompleks perumahan Lyabi, pusat pelancongan yang terkenal di Bukhara. Lawatan ini akan berakhir dengan lawatan ke kompleks Poi Kalon, satu contoh unik seni bina Bukhara. Ia terdiri daripada tiga struktur yang dibina pada abad ke-12–16 iaitu menara Kalon, masjid Kalon, dan Madrasah Arab Mir. Bermalam di Bukahara.

Hari 5: Bukhara – Gijduvan – Samarkand (B,L,D)
Selepas sarapan, kita akan memulakan perjalanan ke Samarkand. Dalam perjalanan, kita akan singgah di kampung Gijduvan untuk melawat perusahaan bengkel tembikar  yang terkenal. Sekolah seramik Gijduvan mempunyai sejarah yang lama dan mendalam. Kemahiran itu telah diwarisi dari bapa kepada anak, dari generasi ke generasi. Hari ini, Gijduvan adalah rumah kepada generasi keenam perusahaan tembikar daripada keluarga Narzullayev, yang telah memulakan dan menjadikan sekolah seramik Gijduvan dikenali ke seluruh dunia. Sekolah seramik Gijduvan memiliki keunikan kemahiran dalam menghasilkan corak geometri yang menarik. Warna hijau dan biru diutamakan dalam hiasan produk. Selepas itu, kita akan terus memandu balik ke Bukhara. Bermalam di Samarkand.

Hari 6: Samarkand – Tashkent (kereta api) (B,L,D)
Samarkand terletak di lembah sungai Zerafshan. Ia adalah bandar kedua terbesar di Uzbekistan dan sebaya dengan bandar Babylon dan Rom. Hari ini anda akan melawat tempat-tempat menariknya, seperti Dataran Registan, Shakhi-Zindeh, Makam Guri Emir dan bazar negara. Dataran Registan memiliki rekabentuk senibina yang cukupmengagumkan dimana kompleks tiga Madrasah yang menarik yang dibina sejak abad ke-15 dan ke-17, yang merupakan tarikan utama Samarkand. Kompleks pemakaman Shakhi-Zindeh memiliki koleksi besar makam dengan senibina menarik yang dibina diantara abad ke-11–15, yang hari ini merupakan sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO. Selepas itu, anda boleh berjalan di sepanjang Broadway tempatan, yang dikelilingi oleh kedai cenderamata, kedai teh, gula-gula dan bengkel-bengkel. Kemudian anda akan melawat bazar kebangsaan yang dikenali sebagai 'Siab'. Ianya merupakan sebuah bazar timur, di mana disini adalah tempat untuk mencari produk kraf tangan tradisional Uzbekistan dan gula-gula tempatan. Perjalanan petang ke Tashkent adalah dengan kereta api. Daftar masuk hotel dan bermalam di Tashkent.

Hari 7: Tashkent – ​​Penerbangan Balik (B,L)
Sarapan pagi di hotel. Hari ini anda akan melawat Dataran Kemerdekaan Tashkent, yang merupakan dataran utama di negara ini dan didirikan sebagai simbol kemenangan ke atas fasisme dalam Perang Dunia II. Kemudian anda akan berpeluang untuk berjalan di sepanjang Broadway tempatan, berjalan kaki antara Dataran Kemerdekaan dan Dataran Amir Timur. Anda boleh juga mencuba menaiki metro Tashkent yang terkenal, merupakan kereta api bawah tanah yang terindah di dunia. Sektor pertama keretapi telah dibuka pada tahun 1977. Kemudian anda akan dibawa melawat bahagian lama bandar Tashkent, yang merangkumi Bazar Chorsu, Madrasah Kukaldash, dan kompleks Hast Imam, yang terdiri daripada beberapa madrasah, masjid, dan makam. Kemuncak pamerannya ialah Al-Quran Masyaf Othman, yang merupakan naskhah al-Quran tertua di dunia, sejak abad ke-8. Al-Quran yang ditulis dizaman Khalifah Othman Ibn Affan, Khalifah Ketiga (daripada empat Khalifah soleh yang menggantikan nabi Muhammad). Pemindahan lewat petang ke lapangan terbang Tashkent dan penerbangan pulang.

HOME SWEET HOME. ALAHAMDULLILAH. A Safe Trip Home

PAKEJ TERMASUK

- Penginapan dengan sarapan pagi setiap hari
- Makanan HALAL seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
- Satu botol air mineral setiap orang setiap hari
- Pengangkutan berhawa dingin
- Lawatan diiringi dengan perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris
- Semua bayaran masuk tempat bersiar-siar seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan (itinerari)

PAKEJ TIDAK TERMASUK

- Tipping
- Optional tour & Insuran
- Belanja persendirian, seperti minuman, telefon, laundry, dll.

  • Brand: AL-ILMI TRAVEL AND TOURS-CAWANGAN KUALA LUMPUR

Reviews

There are no reviews for this product.

Write a Review

*
*
Note: Do not use HTML in the text.
*
captcha
*