Private Spain Portugal Morocco Tour 11H9M
Itinerari:
HARI 1. CASABLANCA-MARRAKECH(D) 241kms
Tiba di Casablanca. Bertemu dan bertanya khabar di lapangan terbang. Kita baru sahaja tiba di ibu kota ekonomi Maghribi, sebuah bandar yang luas dan moden dengan lebih daripada 3 juta penduduk dan mempunyai tarikan utamanya iaitu Masjid Hassan II, yang siap dibina pada tahun 1933 di atas tanah yang ditebus dari Laut Atlantik. Masjid yang menakjubkan ini, dengan menara tertinggi di dunia, mampu menampung lebih daripada 100,000 jemaah. Selepas melawat masjid dan memandu melalui perkampongan Anfa, iaitu sebuah kawasan pejalan kaki di tepi pantai - la Corniche, kita akan memulakan perjalanan ke Marrakech. Marakkech adalah sebuah kota yang ditubuhkan pada tahun 1070-72 oleh Sultan Almoravids. Merupakan sebuah bandar ajaib yang kekal sebagai pusat politik, ekonomi dan budaya untuk tempoh yang agak lama. Pengaruhnya dapat dirasakan tersebar ke seluruh dunia Islam di sebelah barat,iatu dari Afrika Utara hinggalah ke Andalusia di Benua Eropah.
Marrakech, bandar merah ajaib yang penuh dengan taman dan dikelilingi oleh pergunungan yang dilitupi salji. Kita akan melawat bandar bersejarah ini dan tempat lawatan termasuklah: Menara Kutubia, Istana Bahia, dan Madrasah Ben Youssef. Pada lewat petang, kita akan melawat dataran Jemaa El Fna yang sangat terkenal dengan persekitarannya yang merupakan kompleks yang terdiri dari medina dan Bazar, pasar raya dan bengkel pertukangan tangan. Pada tahun 2001 ruang budaya Jemaa el-Fna telah diisytiharkan Kota Warisan oleh UNESCO. Makan malam dan bermalam di Marrakech.
HARI 2. MARRAKECH- RABAT-FEZ (B / D) 323 kms / 207 kms
Selepas sarapan pagi, kita akan bertolak awal ke Fez, melalui Rabat, ibu kota politik dan pentadbiran Maghribi hari ini. Kita akan tiba di Rabat pada waktu makan tengah hari. Di Rabat, lawatan pantas ke lokasi utama bandar termasuk: Menara Hassan, Makam keluarga diraja, bahagian luar Istana Diraja dan Tembok Kota Udaya. Kita akan meneruskan perjalanan ke Fez. Selepas memandu kira-kira 2j.30m lebih kurang, kita akan tiba di sebuah yang merupakan kota utama bagi ilmu keagamaan dan intelektual Maghribi. Makan malam dan bermalam di Fez.
HARI 3. FEZ- CHEFCHAOUEN-TANGIER (B / D) 400kms
Selepas sarapan pagi. Kita akan mulakan lawatan setengah hari ke Fez termasuklah: Masjid Qarawiyun, salah satu kompleks binaan yang paling mengagumkan di Maghribi. Ia menempatkan sebuah universiti yang dianggap sebagai universiti yang tertua di dunia, yang telah diasaskan pada pertengahan abad ke-9 oleh seorang wanita. Kemudian kita akan melawat sebuah pasar zaman pertengahan (medieval medina), yang diisytiharkan sebagai tapak Warisan Dunia oleh UNESCO yang meliputi dua lokasi yang berbeza - Attarine dan Madrasah BouInania. Kita akan melawat salah satu daripadanya. Binaan yang merangkumi, air pancut Nejjarine, makam Mulah Idris dan, akhirnya kita akan lawati pintu-pintu Istana Diraja. Pada sebelah petangnya, kita akan akan bertolak ke Tangier, bandar yang mempunyai kepentingan strategik yang utama dan merupakan pintu masuk ke Lautan Mediterranean. Tangier juga merupakan, pintu masuk yang memikat orang-orang Eropah untuk ke Afrika. Makan malam dan bermalam di Tanger. Jika masa mengizinkan, kita akan singgah di Chaouen, bandar Biru, dalam perjalanan ke Tanger. Bermalam di Tangier.
HARI 4. TANGIER – TARIFA-GRANADA (B / D) 280kms
Selepas sarapan pagi. Pemandu anda di Maghribi akan mengucapkan selamat tinggal kepada anda di pelabuhan Tangier. Selepas menyeberangi Selat Gibraltar di awal pagi, kita akan tiba di Tarifa. Dialu-alukan oleh Pemandu baharu anda yang akan menemani anda sepanjang perjalanan anda di Portugal dan Sepanyol. Kita akan bertolak ke Kota Granada (Gharnata), yang merupakan tinggalan Kerajaan Islam terakhir di Al Andalus. Selepas daftar masuk hotel, kita akan kunjungi lokasi bersejarah termasuklah, Alcaicería (pasar sutera lama) dan kawasan Arab lama yang dipanggil Albaicin (Warisan Dunia UNESCO). Bermalam di Granada.
HARI 5. GRANADA-CORDOBA (B / D) 168 kms
Selepas sarapan pagi. Kita akan mulakan Lawatan ke Alhambra sebuah binaan yang cukup mengkagumkan itu, ianya termasuk: kubu merah dan istana yang dibina di atas bukit, merupakan daya tarikan yang paling banyak dikunjungi di Sepanyol dan salah satu yang paling terkenal di dunia; Kita juga akan melawat Alcazaba (Citadel), tiga Istana Nasrid dan taman-taman Kehidupan yang indah. Selepas rehat tengah hari, kita akan teruskan perjalanan ke Kota Cordoba. Cordoba merupakan Kota di Al Andalus yang paling megah. Kita akan melawat pusat bersejarah di ibu kota Umayyah yang hebat itu yang meliputi: Masjid Besar, tembok, Torre de la Calahorra, Jambatan Rom, dan kawasan Arab Madinah lama dengan kedai-kedai yang cukup memeriahkan…. Makan malam di restoran Halal tempatan dan bermalam di Cordoba
Cubalah untuk Makan tengah hari atau makan malam menu tempatan: Paella Halal
HARI 6. CORDOBA –SEVILLE (B / D) 145 kms
Selepas sarapan pagi. Bertolak ke Seville, ibu kota wilayah Andalusia sekarang (Isbiliya Islam), yang dipenuhi dengan haruman azahar (bunga oren). Lawatan yang penuh panoramik melalui pemandangan paling ikonik dan indah di bandar yang gemilang ini termasuklah: Giralda, bekas menara Almohad, Katedral (dari luar), penempatan Santa Cruz, tebing Sungai Guadalquivir, Torre del Oro…. Makan malam di restoran halal tempatan dan bermalam di Seville.
HARI 7. SEVILLE-LISBON (B / D) 450 kms
Selepas sarapan Pagi. Selesai lawatan ke Seville, bertolak ke Portugal, bumi Al Gharb Al Andalus. Sebelum menyeberangi sempadan, kita akan melihat Alcazaba (Kasbah atau Kubu) tentera Muslim satu ketika dulu yang terbesar di Eropah. Alcazaba di Badajoz, merupakan bandar yang diasaskan oleh Abdul Rahman Ibn Marwan, pada tahun 875. Kita akan meneruskan perjalanan melalui tanah Portugis merentasi dataran Alentejo melalui tapak bersejarah seperti Elvas, dan Estremoz. Restoran makan malam halal dan bermalam di Lisbon.
HARI 8. LISBON(B / D)
Selepas sarapan pagi. Lawatan bersiar-siar pagi ke bandar Arab purba Al-Uxbuna, memandu melalui dataran utama, termasuk jalan dan lokasi menarik termasuklah: Menara Belem, Biara Jeronimos (dari luar), Monumen Penemu, Marquis of Pombal Square, Liberty Avenue, Masjid utama dan Pusat Kebudayaan Islam Lisbon.
Pada sebelah petang, masa lapang untuk membeli-belah sehingga makan malam di restoran halal tempatan. Bermalam di Lisbon.
HARI 9. LISBON - TOLEDO -MADRID (B / D) 625kms
Selepas sarapan pagi. Kita akan memulakan perjalanan ke Madrid. Selepas menyeberangi sempadan semula jadi yang dipanggil "Despeñaperros", kita akan mengucapkan selamat tinggal kepada Andalusia dan akan tiba ke La Mancha, tanah Don Quixote, landskap yang penuh dengan ladang anggur dan kincir angin yang indah. Kami akan teruskan perjalanan dan tiba di Toledo untuk makan tengah hari. Pada sebelah petang. Kota Toledo merupakan bandar yang penuh panoramik dan merupakan satu-satunya ibu kota di sebelah barat yang diasaskan oleh umat Islam dan hari ini merupakan salah satu bandar paling meriah dan menawan di Eropah. Lawatan termasuklah : Istana Diraja(dari luar), Plaza de España, Gran Vía, Suku Lama Habsburg, Jalan Mayor, Puerta del Sol, Air Pancut Cibeles, Puerta de Alcalá dan sudah tentunya Stadium Real Madrid.
Makan malam di restoran Halal dan bermalam di Madrid
HARI 10. MADRID. (B)
Selepas sarapan pagi. Free and Easy. Jam 12 tengahari anda akan dihantar ke lapangan terbang dan disitulah tamat perkhidmatan kami di Eropah.
Nota: Jadual perjalanan di atas adalah untuk rujukan, dan tertakluk kepada perubahan (khususnya, perintah untuk melawat bandar) mengikut keperluan semasa tempatan. • Aturcara Perjalanan juga Boleh Berubah Mengikut Kehendak Pelanggan.
ACCOMMODATION: VACATION HOMES / 3 STAR HOTEL
TRANSPORT:
2-3 PAX : SEDAN CAR
4-5 PAX : 7 SEATERS MPV
6-8 PAX : 9-11 SEATERS MPV
PAKEJ TERMASUK
- Penginapan untuk bilik berdua setiap hari. Bilik Single tambahan RM160
- Satu botol air mineral setiap orang setiap hari
- Pengangkutan berhawa dingin
- Lawatan diiringi dengan perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris/ Malaysia
- Semua bayaran masuk tempat bersiar-siar seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan (itinerari)
PAKEJ TIDAK TERMASUK
- Tipping
- Optional tour & Insuran
- Belanja persendirian, seperti minuman, telefon, laundry, dll.