ITINERARI
Hotel Makkah: Maysan Al Moltazem (atau setaraf) 2000M ± | 5 malam
Hotel Madinah: Maysan AlTaqwa (atau setaraf) 250M ± | 2 malam
HARI 1: Kuala Lumpur – Jeddah – Madinah
- Para jemaah diminta berkumpul di KLIA empat (4) jam sebelum waktu berlepas.
- Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah.
- Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah, di mana jemaah akan disambut oleh mutawwif.
- Setelah selesai urusan imigresen dan muassasah, jemaah akan menaiki bas ke Madinah Al-Munawwarah.
- Setibanya di Madinah, jemaah akan daftar masuk ke hotel.
- Bermalam di Madinah.
HARI 2: Madinah
- Jam 7.30 pagi – Selepas solat Subuh dan sarapan pagi, jemaah akan dibawa oleh
mutawwif untuk ziarah sekitar Masjid Nabawi. - Pada waktu malam (selepas solat Isyak) – Jemaah akan dibawa untuk menziarahi
Raudhah di dalam Masjid Nabawi. - Jemaah perempuan akan berkumpul di lobi hotel selepas solat Maghrib dan dibawa oleh mutawwifah perempuan.
- Jemaah lelaki akan dibawa oleh mutawwif lelaki, sekiranya mendapat keizinan
daripada pihak berkuasa Arab Saudi. - Bermalam di Madinah.
HARI 3: Madinah
- Jam 7.30 pagi – Selepas solat Subuh dan sarapan pagi, jemaah akan menaiki bas
bersama mutawwif untuk ziarah luar Madinah, termasuk:
- Masjid Quba’
- Bukit Uhud & Maqam Syuhada’ Uhud
- Ladang Kurma
- Masjid Qiblatain
- Masjid Tujuh (bergantung kepada keizinan pihak berkuasa Arab Saudi)
- Bermalam di Madinah
HARI 4: Madinah – Makkah
- Jam 2.00 petang – Selepas solat Zohor dan makan tengah hari, jemaah akan check out hotel dan menaiki bas untuk berangkat ke Makkah.
- Setibanya di Makkah, jemaah akan daftar masuk ke hotel.
- Jemaah akan meneruskan ibadah umrah yang akan dipimpin oleh mutawwif.
- Bermalam di Makkah
Hari 5 – Mekah
- 7.30 pagi: Selepas Subuh, jemaah menaiki bas untuk ziarah luar bersama mutawwif. Tempat ziarah:
- Bukit Tsur
- Arafah
- Jabal Rahmah
- Muzdalifah
- Mina
- Bukit Nur
- Miqat di Jaaranah (bagi yang ingin buat umrah, tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa). - Bermalam di Mekah
Hari 6 – Mekah
- 7.30 pagi: Selepas Subuh, jemaah menaiki bas bersama mutawwif. Tempat ziarah:
- Ladang unta
- Miqat di Masjid Hudaibiyah (bagi yang ingin buat umrah)
- Muzium Haramain (jika ada permit) - Bermalam di Mekah
Hari 7 – Mekah
- 7.30 pagi: Selepas Subuh, jemaah menaiki bas bersama mutawwif untuk ziarah ke Taif. Tempat ziarah:
- Masjid Abdullah bin Abbas
- Kilang Ros
- Pasar Buah
- Selesai ziarah, jemaah pulang ke Mekah.
- Miqat di Qarnul Manazil (bagi yang ingin buat umrah). - Bermalam di Mekah
Hari 8 – Mekah → Jeddah
- 1.00 petang: Selepas solat Zohor, jemaah check-out hotel.
- Bertolak menaiki bas ke Jeddah International Airport.
- Di lapangan terbang, jemaah dibantu oleh mutawwif untuk urusan check-in dan
berlepas ke Kuala Lumpur.
Hari 9 – Kuala Lumpur
Jemaah selamat tiba di Kuala Lumpur, In Syaa Allah.
Nota:
Perubahan jadual boleh berlaku mengikut masa dan cuaca tanpa sebarang notis.
Sekiranya penerbangan masuk ke Madinah dahulu maka perjalanan seperti berikut:
(JEDDAH – MADINAH – MEKAH – JEDDAH)
Sekiranya penerbangan masuk ke Mekah dahulu maka perjalanan seperti berikut:
JEDDAH - MEKAH – MADINAH - JEDDAH
Sekiranya penerbangan sampai pada waktu pagi maka akan pergi ke Madinah dahulu.
Sekiranya penerbangan sampai pada waktu tengahari/ petang maka akan pergi ke Mekah dahulu.
Pakej Termasuk
a. Penginapan
b. Tiket penerbangan pergi balik & bagasi
c. Buku panduan umrah
d. Kursus Umrah
e. 2 kali ziarah
f. Umrah 2 kali dibimbing Mutawif
g. Bimbingan daripada seorang Mutawif & seorang ketua rombongan
h. Visa Pelancong
i. Air Zamzam (jika dibenarkan oleh kerajaan Arab Saudi)
j. Percuma beg galas & sprayer
Pakej Tidak Termasuk
a. Perbelanjaan peribadi
b. Tiket penerbangan Business Class
c. Tambahan RM100 bagi setiap tambahan malam
d. Caj tambahan jika tiada bilik ber-4:
• Gantian harga sebenar untuk bilik ber-3
• Jika tiada bilik ber-3, gantian harga sebenar untuk bilik ber-2
e. Lebihan bagasi dan berat
f. Tip mengangkat barang
g. Tambahan RM200 untuk Visa Umrah
h. Tanpa makan
i. Tambahan RM400 untuk fullboard (3x makan sehari)
Dokumen-Dokumen yang Diperlukan :
1.Salinan Passport yang masih sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan. (45 Hari Sebelum
Berlepas)
2.Suntikan Vaksin Umrah wajib diambil oleh setiap jemaah
Hotel
Maysan Al Moltazem (atau setaraf) 2000M | tanpa makan – ada feeder bas percuma berhampiran tempat saei
Maysan AlTaqwa (atau setaraf) 250M | tanpa makan
Penerbangan
AIR ARABIA / TURKMENISTAN AIRWAYS / SETARAF