Umrah Silver 12H10M

Pakej Umrah berkumpulan melebihi 20 Orang dengan bajet yang menjimatkan. NOTA: Harga dipaparkan untuk 4 orang sebilik. Untuk bilik berdua dan bertiga, tambahan harga akan dikenakan. Harga tiket penerbangan mungkin ada tambahan surcaj mengikut harga semasa. Diskaun untuk kanak-kanak akan dipaparkan dalam sebutharga rasmi yang akan diberikan nanti.
RM7,890.00
*
*
Total Price:

Dokumen-Dokumen yang Diperlukan :

1.Salinan Passport yang masih sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan. (45 Hari Sebelum Berlepas)
2.Suntikan Vaksin Umrah wajib diambil oleh setiap jemaah

Hotel
Mekah Maysan Al Mashaer (atau setaraf) 350M ± | 5 malam
Madinah Maysan Rehab Elmysk (atau setaraf) 250 meter ± | 4 malam
Taif Milan Park Hotel (atau setaraf) | 1 malam

Penerbangan
SAUDIA/MALAYSIA AIRLINES/ EMIRATES atau SETARAF

Makanan
MEKAH – 3 X SEHARI , MADINAH – 3 X SEHARI , TAIF – MALAM & PAGI

ITINERARI

Perubahan jadual boleh berlaku mengikut masa dan cuaca tanpa sebarang notis
MADINAH – MEKAH – TAIF – JEDDAH

Sekiranya penerbangan masuk ke Mekah dahulu maka perjalananseperti berikut:
JEDDAH - TAIF - MEKAH – MADINAH

HARI 1 – KUALA LUMPUR → MADINAH

  • Jemaah diminta berkumpul di KLIA empat (4) jam sebelum waktu berlepas.
  • Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah/Madinah.
  • Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah, jemaah akan disambut oleh mutawwif yang bertugas.
  • Setelah selesai segala urusan imigresen dan berkaitan dengan muassasah, jemaah
    akan menaiki bas menuju ke Madinah Al- Munawwarah.
  • Tiba di Madinah, jemaah akan daftar masuk (check-in) ke hotel yang telah ditetapkan.
  • Bermalam di Madinah.

HARI 2 – MADINAH

  • 7.30 pagi: Selepas solat Subuh dan sarapan pagi, jemaah akan dibawa oleh mutawwif untuk menziarahi kawasan sekitar Masjid Nabawi.
  • Selepas solat Isyak: Jemaah akan dibawa melawat Raudhah di dalam Masjid Nabawi.
  • Jemaah wanita akan berkumpul lebih awal di lobi hotel selepas solat Maghrib,
    dan akan dibawa oleh mutawwifah wanita. Jemaah lelaki pula akan dibawa oleh mutawwif lelaki, sekiranya mendapat keizinan daripada pihak berkuasa Arab Saudi.
  • Bermalam di Madinah.

HARI 3 – MADINAH

  • Aktiviti bebas untuk para jemaah. Digalakkan untuk memanfaatkan masa
    dengan beribadah di Masjid Nabawi.
  • Bermalam di Madinah.

HARI 4 – MADINAH

  •  7.30 pagi: Selepas solat Subuh dan sarapan pagi, jemaah akan dibawa menaiki bas oleh mutawwif untuk program ziarah luar sekitar Madinah, termasuk:
    - Masjid Quba’
    - Bukit Uhud dan Maqam Syuhada’ Uhud
    - Ladang kurma
    - Masjid Qiblatain
    - Masjid Tujuh (bergantung kepada keizinan pihak berkuasa Arab Saudi)
  • Bermalam di Madinah.

HARI 5 – MADINAH → MEKAH (UMRAH PERTAMA)

  • 2.00 petang: Selepas solat Zohor dan makan tengah hari, jemaah diminta untuk
    check out hotel dan bersiap dengan pakaian ihram.
  • Jemaah akan menaiki bas ke Stesen Keretapi Laju Madinah.
  • Di dalam kereta api, jemaah akan berniat ihram di miqat yang ditetapkan.
  • Setibanya di Stesen Keretapi Laju Mekah, jemaah akan dibawa ke hotel di Mekah.
  • Setelah check-in, jemaah akan turun semula ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan ibadah umrah pertama dengan bimbingan mutawwif.
  • Bermalam di Mekah.

HARI 6 – MEKAH

  • Aktiviti bebas untuk para jemaah. Digalakkan untuk memanfaatkan masa
    dengan beribadah di Masjidil Haram.
  • Bermalam di Mekah

HARI 7 – MEKAH (ZIARAH LUAR & UMRAH KEDUA)

  • 7.30 pagi: Selepas solat Subuh dan sarapan pagi, jemaah akan berkumpul di lobi hotel dan menaiki bas untuk program ziarah luar sekitar Mekah, termasuk:
    a.Bukit Tsur
    b.Padang Arafah
    c.Jabal Rahmah
    d.Muzdalifah
    e.Mina
    f.Bukit Nur
    g.Ja’aranah – untuk bermiqat bagi jemaah yang ingin menunaikan umrah kali
    kedua, dengan bimbingan mutawwif (tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa)
  • Selepas itu, jemaah akan kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan umrah dan seterusnya menikmati aktiviti bebas.
  • Bermalam di Mekah.

HARI 8 – MEKAH (UMRAH KETIGA & LAWATAN)

  • 7.30 pagi: Jemaah akan dibawa untuk menziarahi ladang unta (bergantung
    kepada kelapangan masa dan keadaan semasa).
  • Seterusnya, jemaah akan dibawa ke Masjid Hudaibiyah untuk bermiqat bagi yang
    berminat menunaikan umrah kali ketiga, dengan bimbingan mutawwif (tertakluk
    kepada keizinan pihak berkuasa Arab Saudi).
  • Bermalam di Mekah.

HARI 9 – MEKAH

  • Aktiviti bebas untuk para jemaah. Digalakkan untuk memanfaatkan masa
    dengan beribadah di Masjidil Haram, seperti tawaf sunat, membaca al-Quran,
    atau iktikaf.
  • Bermalam di Mekah.

HARI 10 – MEKAH → TAIF

  • 1.00 petang: Selepas solat Zohor, jemaah akan check out dari hotel di Mekah.
  • Jemaah akan dibawa menaiki bas oleh mutawwif untuk perjalanan menuju ke Taif.
    Setibanya di Taif, jemaah akan melakukan ziarah sekitar kawasan Taif. Aktiviti tambahan di Taif adalah bersifat opsyenal dan boleh dibincangkan bersama mutawwif mengikut kesesuaian masa dan keadaan.
  • Bermalam di Taif.

HARI 11 – TAIF → JEDDAH → KUALA LUMPUR

  • 7.30 pagi: Selepas solat Subuh, jemaah akan dibawa menaiki bas oleh mutawwif untuk meneruskan ziarah di Taif, termasuk: Masjid Abdullah Bin Abbas, Kilang Ros, Pasar Buah
  • Selesai ziarah, jemaah akan bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah (Jeddah International Airport), 6 jam sebelum waktu penerbangan.
  • Setibanya di lapangan terbang, mutawwif akan membantu jemaah dalam proses check-in dan urusan imigresen sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

HARI 12 – KUALA LUMPUR

  • Ketibaan jemaah di Kuala Lumpur.
  • Selesai perjalanan Umrah. Semoga segala ibadah diterima dan mendapat umrah yang mabrur, insya-Allah

Pakej termasuk:

a. Penginapan sepanjang program
b. Tiket penerbangan pergi dan balik beserta bagasi
c. Buku panduan umrah
d. Kursus Umrah sebelum berangkat
e. Ziarah lebih 20 lokasi di Mekah & Madinah
f. Tiga (3) kali umrah dibimbing oleh mutawwif
g. Bimbingan oleh mutawwif dan ketua rombongan
h. Visa Umrah
i. Air Zamzam (tertakluk kepada kebenaran kerajaan Arab Saudi)
j. Percuma tiket kereta api laju (Speed Train)
k. Percuma set umrah lengkap, termasuk:
– Set bagasi
– Beg galas (Begpak)
– Sprayer air
l. Percuma hidangan nasi Arab di
Taif

Pakej Tidak Termasuk:

a. Perbelanjaan peribadi (contoh: makanan tambahan, cenderahati, dll.)
b. Tiket penerbangan kelas perniagaan (Business Class)
c. Caj tambahan RM400 untuk setiap malam jika berlaku lanjutan penginapan
d. Caj tambahan jika tiada bilik berempat:
– Jika tiada bilik ber-4, harga akan dinaik taraf ke bilik ber-3
– Jika tiada bilik ber-3, harga akan dinaik taraf ke bilik ber-2
e. Lebihan bagasi atau lebihan berat dari had yang ditetapkan
f. Tip/uang saguhati kepada porter atau petugas yang mengangkat barang

  • Brand: AL-ILMI TRAVEL AND TOURS

There are no reviews for this product.

Write Review

*
*
Note: Do not use HTML in the text.
*
captcha
*
AL-ILMI TRAVEL AND TOURS © 2025Powered By  AbanteCart