Umrah Bajet Rahmah 9H7M

TANPA MAKAN. HOTEL MEKAH: MAYSAN ALMOLTAZEM (SETARAF) 2KM (ADA FEEDER BAS PERCUMA BERHAMPIRAN TEMPAT SAEI). MADINAH MAYSAN ALTAQWA (SETARAF) 250M
RM4,950.00
*
Total Price:

ITINERARI 

Hotel Makkah: Maysan Al Moltazem (atau setaraf) 2000M ± | 5 malam

Hotel Madinah: Maysan AlTaqwa (atau setaraf) 250M ± | 2 malam

HARI 1: Kuala Lumpur – Jeddah – Madinah

  • Para jemaah diminta berkumpul di KLIA empat (4) jam sebelum waktu berlepas.
  • Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah.
  • Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah, di mana jemaah akan disambut oleh mutawwif.
  • Setelah selesai urusan imigresen dan muassasah, jemaah akan menaiki bas ke Madinah Al-Munawwarah.
  • Setibanya di Madinah, jemaah akan daftar masuk ke hotel.
  • Bermalam di Madinah.

HARI 2: Madinah

  • Jam 7.30 pagi – Selepas solat Subuh dan sarapan pagi, jemaah akan dibawa oleh
    mutawwif untuk ziarah sekitar Masjid Nabawi.
  • Pada waktu malam (selepas solat Isyak) – Jemaah akan dibawa untuk menziarahi
    Raudhah di dalam Masjid Nabawi.
  • Jemaah perempuan akan berkumpul di lobi hotel selepas solat Maghrib dan dibawa oleh mutawwifah perempuan.
  • Jemaah lelaki akan dibawa oleh mutawwif lelaki, sekiranya mendapat keizinan
    daripada pihak berkuasa Arab Saudi.
  • Bermalam di Madinah.

HARI 3: Madinah

  • Jam 7.30 pagi – Selepas solat Subuh dan sarapan pagi, jemaah akan menaiki bas
    bersama mutawwif untuk ziarah luar Madinah, termasuk:
    - Masjid Quba’
    - Bukit Uhud & Maqam Syuhada’ Uhud
    - Ladang Kurma
    - Masjid Qiblatain
    - Masjid Tujuh (bergantung kepada keizinan pihak berkuasa Arab Saudi)
    - Bermalam di Madinah

HARI 4: Madinah – Makkah

  • Jam 2.00 petang – Selepas solat Zohor dan makan tengah hari, jemaah akan check out hotel dan menaiki bas untuk berangkat ke Makkah.
  • Setibanya di Makkah, jemaah akan daftar masuk ke hotel.
  • Jemaah akan meneruskan ibadah umrah yang akan dipimpin oleh mutawwif.
  • Bermalam di Makkah

Hari 5 – Mekah

  • 7.30 pagi: Selepas Subuh, jemaah menaiki bas untuk ziarah luar bersama mutawwif. Tempat ziarah:
    - Bukit Tsur
    - Arafah
    - Jabal Rahmah
    - Muzdalifah
    - Mina
    - Bukit Nur
    - Miqat di Jaaranah (bagi yang ingin buat umrah, tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa).
  • Bermalam di Mekah

Hari 6 – Mekah

  • 7.30 pagi: Selepas Subuh, jemaah menaiki bas bersama mutawwif. Tempat ziarah:
    - Ladang unta
    - Miqat di Masjid Hudaibiyah (bagi yang ingin buat umrah)
    - Muzium Haramain (jika ada permit)
  • Bermalam di Mekah

Hari 7 – Mekah

  • 7.30 pagi: Selepas Subuh, jemaah menaiki bas bersama mutawwif untuk ziarah ke Taif. Tempat ziarah:
    - Masjid Abdullah bin Abbas
    - Kilang Ros
    - Pasar Buah
    - Selesai ziarah, jemaah pulang ke Mekah.
    - Miqat di Qarnul Manazil (bagi yang ingin buat umrah).
  • Bermalam di Mekah

Hari 8 – Mekah → Jeddah

  • 1.00 petang: Selepas solat Zohor, jemaah check-out hotel.
  • Bertolak menaiki bas ke Jeddah International Airport.
  • Di lapangan terbang, jemaah dibantu oleh mutawwif untuk urusan check-in dan
    berlepas ke Kuala Lumpur.

Hari 9 – Kuala Lumpur
Jemaah selamat tiba di Kuala Lumpur, In Syaa Allah.

Nota:

Perubahan jadual boleh berlaku mengikut masa dan cuaca tanpa sebarang notis.

Sekiranya penerbangan masuk ke Madinah dahulu maka perjalanan seperti berikut:
(JEDDAH – MADINAH – MEKAH – JEDDAH)
Sekiranya penerbangan masuk ke Mekah dahulu maka perjalanan seperti berikut:
JEDDAH - MEKAH – MADINAH - JEDDAH
Sekiranya penerbangan sampai pada waktu pagi maka akan pergi ke Madinah dahulu.
Sekiranya penerbangan sampai pada waktu tengahari/ petang maka akan pergi ke Mekah dahulu.

Pakej Termasuk

a. Penginapan
b. Tiket penerbangan pergi balik & bagasi
c. Buku panduan umrah
d. Kursus Umrah
e. 2 kali ziarah
f. Umrah 2 kali dibimbing Mutawif
g. Bimbingan daripada seorang Mutawif & seorang ketua rombongan
h. Visa Pelancong
i. Air Zamzam (jika dibenarkan oleh kerajaan Arab Saudi)
j. Percuma beg galas & sprayer

Pakej Tidak Termasuk

a. Perbelanjaan peribadi
b. Tiket penerbangan Business Class
c. Tambahan RM100 bagi setiap tambahan malam
d. Caj tambahan jika tiada bilik ber-4:
• Gantian harga sebenar untuk bilik ber-3
• Jika tiada bilik ber-3, gantian harga sebenar untuk bilik ber-2
e. Lebihan bagasi dan berat
f. Tip mengangkat barang
g. Tambahan RM200 untuk Visa Umrah
h. Tanpa makan
i. Tambahan RM400 untuk fullboard (3x makan sehari)

Dokumen-Dokumen yang Diperlukan :
1.Salinan Passport yang masih sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan. (45 Hari Sebelum
Berlepas)
2.Suntikan Vaksin Umrah wajib diambil oleh setiap jemaah

Hotel
Maysan Al Moltazem (atau setaraf) 2000M | tanpa makan – ada feeder bas percuma berhampiran tempat saei
Maysan AlTaqwa (atau setaraf) 250M | tanpa makan

Penerbangan
AIR ARABIA / TURKMENISTAN AIRWAYS / SETARAF

  • Brand: AL-ILMI TRAVEL AND TOURS

There are no reviews for this product.

Write Review

*
*
Note: Do not use HTML in the text.
*
captcha
*
AL-ILMI TRAVEL AND TOURS © 2025Powered By  AbanteCart