Umrah Platinum Clock Tower 12H10M

Pakej Umrah berkumpulan melebihi 20 Orang dengan bajet yang menjimatkan. NOTA: Harga dipaparkan untuk 4 orang sebilik. Untuk bilik berdua dan bertiga, tambahan harga akan dikenakan. Harga tiket penerbangan mungkin ada tambahan surcaj mengikut harga semasa. Diskaun untuk kanak-kanak akan dipaparkan dalam sebutharga rasmi yang akan diberikan nanti.
RM10,190.00
*
*
*
Total Price:

HOTEL MEKAH: MOVENPICK HAJAR (atau setaraf) 50M – 100M – 5 malam
HOTEL MADINAH: RAWDAT AL-AQEEQ (atau setaraf) 200M – 4 malam
HOTEL TAIF: MILAN PARK (atau setaraf) – 1 malam

ITINERARI

Perubahan jadual boleh berlaku mengikut masa dan cuaca tanpa sebarang notis
MADINAH – MEKAH – TAIF – JEDDAH.

Sekiranya penerbangan masuk ke Mekah dahulu maka perjalanan seperti berikut:
JEDDAH - TAIF - MEKAH – MADINAH

Hari 1: Kuala Lumpur – Madinah

  • Jemaah berkumpul di KLIA 4 jam sebelum waktu berlepas.
  • Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah/Madinah.
  • Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah akan disambut oleh mutawwif.
  • Selepas urusan imigresen dan pengurusan dengan muassasah, jemaah akan menaiki bas menuju ke Madinah Al- Munawwarah.Setibanya di Madinah, jemaah akan mendaftar masuk (check-in) ke hotel. Bermalam di Madinah.

Hari 2: Madinah

  • 7.30 pagi – Selepas solat Subuh dan sarapan pagi, jemaah akan dibawa oleh
    mutawwif untuk ziarah sekitar Masjid Nabawi.
  • Malam (selepas solat Isyak) – Jemaah akan dibawa melawat Raudhah di dalam
    Masjid Nabawi:
  • Jemaah wanita akan berkumpul awal di lobi hotel selepas solat Maghrib dan dibawa oleh mutawwifah perempuan.
  • Jemaah lelaki pula akan dibawa oleh mutawwif lelaki.
  • Ziarah Raudhah tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa Arab
    Saudi.
  • Bermalam di Madinah.

Hari 3: Madinah

  • Aktiviti bebas untuk jemaah.
  • Digalakkan untuk memenuhi masa di Masjid Nabawi dengan beribadah,
    membaca al-Quran, dan memperbanyakkan zikir serta doa.
  • Bermalam di Madinah.

Hari 4: Madinah

  • 7.30 pagi – Selepas solat Subuh dan sarapan pagi, jemaah akan menaiki bas
    bersama mutawwif untuk ziarah luar sekitar Madinah:
    - Masjid Quba’
    - Bukit Uhud dan Maqam Syuhada’
    - Uhud
    - Ladang Kurma
    - Masjid Qiblatain
    -Masjid Tujuh (tertakluk kepada keizinan pihak berkuasa Arab Saudi)
  • Bermalam di Madinah.

Hari 5: Madinah – Makkah (Umrah Pertama)

  • 2.00 petang – Selepas solat Zohor dan makan tengah hari, jemaah akan:
    - Check-out hotel di Madinah.
    - Mengenakan pakaian ihram dan bersedia untuk menunaikan umrah
    pertama. 
    - Jemaah dibawa menaiki bas ke Stesen Keretapi Laju Madinah.
    - Dalam perjalanan, jemaah akan berniat ihram (miqat) di dalam kereta api.
  • Setibanya di Stesen Keretapi Laju Makkah, jemaah akan dibawa ke hotel di Makkah.
  • Selepas check-in hotel, jemaah akan turun semula untuk menyempurnakan ibadah umrah dengan bimbingan mutawwif.
  • Bermalam di Makkah

Hari 6: Makkah

  • Aktiviti bebas untuk jemaah. Digalakkan untuk memperbanyakkan
    ibadah di Masjidil Haram, termasuk tawaf sunat, membaca al-Quran, zikir,
    dan doa.
  • Bermalam di Makkah.

Hari 7: Makkah (Ziarah Luar & Umrah Kedua)

  • 7.30 pagi – Selepas solat Subuh dan sarapan pagi, jemaah akan berkumpul di
    lobi dan menaiki bas untuk ziarah luar sekitar Makkah:
    a.Bukit Tsur
    b.Arafah
    c.Jabal Rahmah
    d.Muzdalifah
    e.Mina
    f.Bukit Nur (Gua Hira')
    g.Ja'aranah – untuk bermiqat bagi jemaah yang ingin menunaikan umrah kali kedua (tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa Arab Saudi).
  • Jemaah akan kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan umrah (bagi
    yang berniat) serta meneruskan aktiviti bebas.
  • Bermalam di Makkah.

Hari 8: Makkah (Ziarah & Umrah Ketiga)

  • 7.30 pagi – Jemaah akan dibawa untuk menziarahi ladang unta (sekiranya
    berkesempatan).
  • Seterusnya, jemaah akan dibawa ke Masjid Hudaibiyah untuk bermiqat bagi
    yang berminat menunaikan umrah kali ketiga dengan bimbingan mutawwif. (Tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa Arab Saudi)
  • Kembali ke Makkah untuk menyempurnakan umrah atau meneruskan aktiviti ibadah secara bebas.
  • Bermalam di Makkah.

Hari 9: Makkah

  • Aktiviti bebas untuk jemaah. Digalakkan untuk terus memanfaatkan masa beribadah di Masjidil Haram seperti melakukan tawaf sunat, membaca al-Quran, dan memperbanyakkan doa serta zikir.
  • Bermalam di Makkah.

Hari 10: Makkah – Taif

  • 1.00 petang – Selepas solat Zohor, jemaah akan check-out hotel di Makkah.
    Jemaah akan dibawa menaiki bas oleh mutawwif untuk ziarah ke Taif. Aktiviti di Taif adalah pilihan (optional) dan boleh dibincangkan bersama mutawwif mengikut kesesuaian masa dan keadaan.
  • Bermalam di Taif.

Hari 11: Taif – Jeddah

  • 7.30 pagi – Selepas solat Subuh, jemaah dibawa menaiki bas oleh mutawwif untuk menziarahi sekitar Taif:
    - Masjid Abdullah Bin Abbas
    - Kilang Ros
    - Pasar Buah
  • Selepas ziarah, jemaah akan bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa
    Jeddah. Jemaah diminta hadir 6 jam sebelum waktu penerbangan.
  • Setibanya di lapangan terbang, mutawwif akan membantu jemaah menguruskan proses check-in dan persiapan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Hari 12: Kuala Lumpur

  • Jemaah tiba di Kuala Lumpur.
  • Tamat perjalanan ibadah umrah dan ziarah

Pakej termasuk:

a. Penginapan sepanjang program
b. Tiket penerbangan pergi dan balik beserta bagasi
c. Buku panduan umrah
d. Kursus Umrah sebelum berangkat
e. Ziarah lebih 20 lokasi di Mekah & Madinah
f. Tiga (3) kali umrah dibimbing oleh mutawwif
g. Bimbingan oleh mutawwif dan ketua rombongan
h. Visa Umrah
i. Air Zamzam (tertakluk kepada kebenaran kerajaan Arab Saudi)
j. Percuma tiket kereta api laju (Speed Train)
k. Percuma set umrah lengkap, termasuk:
– Set bagasi
– Beg galas (Begpak)
– Sprayer air
l. Percuma hidangan nasi Arab di Taif

Pakej Tidak Termasuk:

a. Perbelanjaan peribadi (contoh: makanan tambahan, cenderahati, dll.)
b. Tiket penerbangan kelas perniagaan (Business Class)
c. Caj tambahan RM600 untuk setiap malam jika berlaku lanjutan penginapan
d. Caj tambahan jika tiada bilik berempat:
– Jika tiada bilik ber-4, harga akan dinaik taraf ke bilik ber-3
– Jika tiada bilik ber-3, harga akan dinaik taraf ke bilik ber-2
e. Lebihan bagasi atau lebihan berat dari had yang ditetapkan
f. Tip/uang saguhati kepada porter atau petugas yang mengangkat barang

Dokumen-Dokumen yang Diperlukan :

1.Salinan Passport yang masih sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan. (45 Hari Sebelum
Berlepas)
2.Suntikan Vaksin Umrah wajib diambil oleh setiap jemaah

Hotel
Mekah Movenpick Hajar (atau setaraf) 50 - 100 meter ± | 5 malam
Madinah Maysan Rehab Elmysk (atau setaraf) 250 meter ± | 4 malam
Taif Milan Park Hotel (atau setaraf) | 1 malam

Penerbangan

SAUDIA/MALAYSIA AIRLINES/ EMIRATES atau SETARAF

Makanan

MEKAH – 3 X SEHARI , MADINAH – 3 X SEHARI , TAIF – MALAM & PAGI

  • Brand: AL-ILMI TRAVEL AND TOURS

There are no reviews for this product.

Write Review

*
*
Note: Do not use HTML in the text.
*
captcha
*
AL-ILMI TRAVEL AND TOURS © 2025Powered By  AbanteCart